
Resepi Donut Pelbagai Perisa
Bahan-Bahan:
2 + 1/2 cawan air panas
5 sudu besar gula
5 sudu besar susu manis
2 paket yis mauripan
1 kg tepung gandum
5 sudu planta
2 sudu besar baking powder
2 sudu kecil garam halus
minyak masak secukupnya
Cara Membuat:
1. Bancuh air suam dengan gula & susu. Kacau sampai gula larut. Jangan panas dan jangan sejuk. Make sure suam. Tambah 2 paket yis dan kacau. Peram sampai berbuih-buih.
2. Sementara tu, satukan tepung, baking powder, garam dan planta. Kacau guna hujung jari sampai jadi macam serbuk roti/breadcrumbs.
3. Buat lubang tengah-tengah. Tuang adunan yis yang dah mengembang hebat tu. Kacau sampai sebati.
4. Uli sampai semua dah sebati. Tutup dengan tudung periuk atau tuala bersih yang lembab. Biar naik 2 kali ganda selama 30 minit atau sejam.
5. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. Uli-uli sikit dalam 10 minit. Bulat-bulatkan kecik dan buat lubang tengah. Susun jarak-jarak atas loyang yang dah disapu minyak. Biar naik 2 kali ganda dalam 20 minit.
6. Panaskan minyak. Slowkan api. Goreng sampai golden brown. Done.
Untuk chocolate donut, tambah 80gm serbuk koko dalam adunan tepung & 1 sudu chocolate emulco dalam adunan yis.
Untuk pandan donut, air biasa tu blend dengan 5 helai daun pandan, tapis dan didihkan. Biar suam, baru campur susu manis, gula & yis. Tambah jugak 1 sk perisa pandan dan pewarna hijau.
Untuk strawberry donut, tambah 1 sudu besar perisa strawberry & pewarna merah dalam adunan yis.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli.