
Resepi Kuah Mee Rojak Ayam
Bahan Untuk Kuah:
1 cawan kacang tanah (goreng dulu dan kisar)
1 senduk @ 1/2 cawan cili kisar
6 keping biskut marie (kisar sampai hancur)
1 labu bawang merah besar (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (sebesar ibu jari, kisar)
3sdb gula (secukup rasa)
2sd garam (secukup rasa)
1sd gula merah (secukup rasa)
500ml air (secukupnya)
Air asam jawa
** kuah rojak ni mesti manis, tak cair sangat, tak pekat sangat
Bahan Sampingan Lain:
Ayam goreng
Cucur udang @ cekodok
Timun
Sengkuang
Taugeh
Tauhu goreng
Cili hijau besar
Telur ayam rebus
** semua bahan ni dihiris dan dipotong
Mee
Cara Buat Kuahnya:
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan. Bila minyak dah timbul baru masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Selepas itu masukkan kacang yang dikisar, biskut marie yang dikisar. Tuang sedikit air, bagi dia agak-agak cair.
3. Lepas tu, biarkan dia mendidih, kacau sehingga semuanya sebati, baru masukkan garam, gula dan gula merah.
4. Biarkan seketika kuah dah pekat sikit, masukkan sedikit air asam jawa. Bila sambal dan kacang dah masak, rasa dah ckup boleh tutup api.
Resepi Oleh: Tengku RosElyza Raja Muhammad – Group MAHN