Resepi Masakan Korea Homemade Jjajangmyeon

Homemade Jjajangmyeon Dengan Penuh Kasih Sayang

Alhamdulillah dapat juga rasa Jjajangmyeon buat sendiri dari Doenjang.

Ini pun kakFaiza berani buat selepas banyak bertanya dengan masterchef korea Taiwha Oppa. Dan buat research resepi Chunjang (blackbean paste untuk buat jjajangmyeon)

Buat pengetahuan semua, Jjajangmyeon adalah asalnya makanan dari Tanah Besar Cina. Dan sekiranya nak order Jjajangmyeon, hanya boleh order dari Jungguk-Jib (중국집 Restoran Cina)
Sebab tu sepanjang kakFaiza & AmerOppa duduk di korea dahulu, kami tak pernah sekali pun makan Jjajangmyeon (antara sebab tak makan adalah, protien yang digunakan untuk letak dalam jjajangmyeon adalah pork). Jadi, kami tak tau pun rasa jjajangmyeon tu macam mana bila ramai minta kami jual original taste Jjajangmyeon paste.

Oleh itu, masa pergi ke Korea tahun lepas, kak Faiza tanya dengan orang korea, kat mana nak beli homemade Chunjang, mereka cakap tak de sebab chunjang di import dari China. Huhuhu.

Kami pernah pergi try makan JjajangBab dekat Restoran Eid Bangi (chunjang yang digunakan oleh restoran Eid tiada alcohol). Rasa dia tak boleh masuk kat anak tekak kami.

Kami jumpa pula owner Onggojib (satu-satunya brand yang buat Gochujang, Doenjang, soy sauce Halal) kita minta dia buat pes jjajangmyeon halal.
Finally masa MIHAS bulan 4 hari tu, dia bagi kami rasa jjajangmyeon pes yang dia buat. Baru kakFaiza tahu rasa sebenar pes jjajangmyeon macam mana.

Ok, Jom kita tengok resepi cara buat pes jjajangmyeon dari Doenjang. Dan cara buat kuah jjajangmyeon.

Selamat Mencuba

Resepi Doenjang Jjajangmyeon 춘장 없이 짜장면 만들기 (2 orang makan)

Bahan-Bahan:

A. Pes Jjajangmyeon

1/2sb butter
1/2sb minyak sawit
1sb gula perang
1sb Doenjang
1sb tepung jagung
1sb cuka buah
2sb kicap pekat manis

B. Mee

Apa sahaja jenis mee yang kita suka (angle hair sedap!). Lepas rebus, toskan dan masukkan terus dalam air ais.

C. Sos Jjajangmyeon

1sb minyak sawit
2ulas bawang putih tumbuk
1sk lada hitam serbuk
200g daging potong nipis
1/2 biji bawang holland potong dadu
1biji kentang potong dadu
1/2 batang lobak merah potong dadu
1cawan air
1/2 cawan air + 1sb tepung jagung

D. Hiasan

Telur mata kerbau
Sedikit timun potong nipis
* Sekiranya nak pedas
Cili hijau rangup potong nipis
Tabur kochukaru

Cara Masak:

A.
1st of all, kita buat pes dia dulu.
Boleh rujuk link video ini ya:


Pes ni boleh buat dahulu dan simpan dalam peti sejuk ya.
InsyaAllah sebulan tahan

B. Sos Jjajangmyeon

•Panaskan kuali
•masukkan minyak sawit
•masukkan daging + bawang putih + lada hitam. Gaul sebati sampai daging masak
•masukkan bawang holland + lobak merah + kentang. Gaul sebati
•masukkan pes jjajangmyeon. Gaul sebati
•masukkan air. Biar sehingga menggelegak dan kentang serta lobak merah dh empuk. Masukkan air yang dah bercampur tepung jagung.
•perasakan garam gula dan kicap lemak manis jika perlu
•bila sos dah ikut kepekatan yang kita nak, tutup api.

Cara susun makanan:

•Masukkan mee dalam mangkuk
•Tuang sos ikut banyak mana kita nak
•Tabur Kochukaru sekiranya nak pedas
•Letak telur mata, timun dipotong nipis
•Makan dengan OmmaSón Kimchi & Danmuji
*mak kakFaiza cakap, sedap makan dengan cili jeruk. Macam makan char kuetiaw dia cakap.

Sila share resepi agar semua dapat manfaat

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Faizah Salleh yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Faizah Salleh.