Snek

Resepi Donut Bersalut Coklat

resepi-donut-bersalut-coklat

Resepi Donut Bersalut Coklat

Bahan-Bahan:

200gm tepung roti
20gm gula
½ sudu teh garam
1 sudu teh yis kering
140ml susu segar
20gm mentega
Minyak masak untuk menggoreng secukupnya
5 sudu besar Nutella
3 sudu besar air panas
Kacang panggang secukupnya | hiasan

Cara Membuat:

1. Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau.

2. Selepas itu, buat lubang di tengah. Masukkan susu dan yis kering. Kacaukan sedikit.

3. Masukkan pula mentega dan kacau sehingga sekata

4. Selepas itu keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai.

5. Uli sehingga tidak melekat ditangan

6. Buatkan bentuk bulat. Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik atau kain lembab. Biar naik dua kali ganda

7. Bila sudah naik, canaikan doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Rehatkan 5 minit. Tekap dengan acuan bulat dan lubangkan di tengahnya.

8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga kekuning-kuningan. Angkat dan biarkan sejuk seketika.

9. Untuk coklat, masukkan nutella ke dalam mangkuk bersama dengan air panas. Kacau hingga sebati.

10. Celupkan donat ke dalam mangkuk berisi nutella. Taburkan sedikit kacang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

donut-coklat