Begedil, Sayur

Resepi Tauhu Inti Pedas atau Tauhu Jeletot

resepi-tauhu-inti-pedas-atau-tauhu-jeletot

Resepi Tauhu Inti Pedas atau Tauhu Jeletot

Tauhu Jeletot, makanan femes Indonesian streetfood. Resepi ni sepatutnya pedas gila, hakak ejas buat tak pedas sangat. Sayuran inti pulak menggunakan kobes, toge dan carrot. Hakak takda kobes, hakak tukar guna kucai.

Bahan Tauhu:

  • 300 gr tauhu poh
  • 1 biji carrot size sederhana
  • kobes
  • toge
  • daun bawang
  • daun sup

Bahan Kisar:

  • cili padi, pedas ikut suka
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara Buat:

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Perisakan dengan gula, garam dan seasoning. Kecilkan api, masukkan bahan sayuran. Gaul rata dan tutup api.

2. Gunting bahagian atas tauhu poh, isikan dengan sayur tumis tadi. Tekan dan padat-padatkan. Ulang proses hingga kesemua tauhu poh terisi.

Bahan Tepung:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1 sudu penuh tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • garam/seasoning
  • 2 ulas bawang putih, haluskan
  • air sejuk secukupnya

Cara Buat:

1. Satukan kesemua bahan diatas, tuangkan air sejuk (dari dalam peti ais) secukupnya. Panaskan minyak untuk menggoreng. Ambil tauhu tadi dan celupkan rata.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Acar Buah Premium

2. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak. Tahu Jeletot siap untuk dihidangkan!

Resepi Tauhu Inti Pedas atau Tauhu Jeletot

Resepi Oleh: Kuali Helena