
Resepi Donut Gebu ala Big Apple
Bahan-Bahan:
Tepung gandum – 400grm
Gula kaster – 3 sdb
Baking powder – 1sdt
Bread improver – 1sdt
Yis mauripan – ½ paket
– Gaul sebati dulu bahan-bahan kering ni
Telur sebiji
Susu dutch lady setengah kotak kecik – sejuk dalam peti
Air sejuk dalam setengah cawan (anggaran je ni) air sejuk peti ais
Majerin – 1 sdb penuh tinggi sikit
Cara Buat:
1. Dalam bekas, msukkan bahan kering tadi tu, masukkan telur, susu, dan air sejuk. Mixer sampai sekata, rasa tepung tu kalau tak cukup air tambah lagi air sejuk peti sikit-sikit. Jangan terlembik, nanti nak letak majerin pulak.
2. Mix dalam 2-3 minit asal sebati je. Last tu bubuh majerin dan uli pakai tangan je sampai sebati majerin bergaul dengan doh tadi. Saya uli dalam 5 minit je. Memang lekat-lekat sikit, malas nak uli lama-lama.
3. Rehatkan doh dalam setengah jam atau doh tu kembang semangkuk. Pastu tumbuk doh untuk keluarkan angin. Memang lekat-lekay sikit (kalau saya buat la).
4. Tabur tepung kat dulang, tangan tu pon lumur tepung. Amik doh sebesar bola golf (ikut suka la nak besar mana), bulatkan terus tekan leperkan (saya suka leperkan, sebab bila mengembang dia jadi lebar, takde la gemok sangat. Tapi still geboo debab, baru puas makan bersalut gula). Time dia separuh nak kembang tu buat lubang tengah, pastu tunggu naik kembang baru goreng.
Tips Uli; Air sejuk tu buh sikit-sikit time mixer tu, tak terlalu sebati ya. Asal sekata. bila berketul-ketul tu ada serdak-serdak lagi takpe, terus je bubuh majerin uli pakai tangan. Pakai butter lagi sedap. Saya buat memang lekat-lekat, tapi bila nak goreng tu dia kembang tak lembik ye, ringan bila angkat.
Tips Goreng; Nak jadi ring tengah, donat ringan, api kena slow, minyak jangan banyak sangat. Bila minyak dah panas (bukan panas dengan suhu tinggi ya), masukkan donat tu, tunggu garing sebelah dulu, baru terbalikkan. Suhu api dan teknik goreng pon penting ya. Jangan asik duk kacau-kacau ,nanti masuk minyak warna pon tak cantik.
Resepi Oleh: Safiyya Zaidziqry