Kek

Kek Lapis Pandan Sedap Macam Beli Dekat Bakeri

kek-lapis-pandan-sedap-macam-beli-dekat-bakeri

Kek Lapis Pandan Sedap Macam Beli Dekat Bakeri

Kek Chiffon Pandan

Bahan A:

  • 7 bji kuning telur
  • 100g santan KARA + 20g air
  • 80 grm minyak (saya guna coconut oil)
  • 140 grm tepung kek (ayak)
  • 1-2 sdt Pes Pandan

Bahan B:

  • 7 bji putih telur
  • 140 grm Gula Castor
  • 1/2 sdt Cream Of tar-tar
  • 1/4 sdt Garam halus

Cara-cara:

Panaskan oven 180c

Bahan A:

1. Kacau kuning telur menggunakan whisk. Masukkan santan, minyak, pes pandan dan kacau sebati. Masukkan tepung, gaul sebati dan ketepikan.

Bahan B:

1. Putar putih telur + cream of tartar + garam. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga dapat stiff peak (meringue).

2. Masukkan 1/3 meringue ke dalam adunan kuning telur (Bahan A). Guna spatula dan kacau sebati. Jangan over kacau nanti meringue mencair, kek tak naik. Masukkan lagi 1/3 dan kemudian 1/3 yang terakhir.

3. Alas baking paper dalam loyang dan tuang adunan (saya guna loyang petak size 8”). Bakar selama 55-1 jam atau sehingga masak.

4. Bila dah masak, biarkan kek tu rehat kejap dalam oven lebih kurang 5 minit sebelum keluarkan dan potong melintang jadikan 3 bahagian.

Pandan Filling

Bahan-Bahan:

  • 500ml santan (saya guna 300ml santan KARA + 200ml air)
  • 1 pek tepung hoen kwe (85g)
  • 1/2 tsp garam
  • 170g caster sugar
  • 4 tsp agar – agar powder
  • 4 tsp instant jelly powder
  • 600ml air pandan (blend 10-12 helai pandan dengan 500ml air, kalau hasil tak cukup 600ml, tambah je air kosong bagi cukup)
  • Pewarna kuning telur

Cara Buat:

1. Whisk sebati santan, tepung hoen kwe dan garam.

2. Dalam periuk, masukkan caster sugar, agar-agar powder dan instant jelly powder. Gaul sebati. Kemudian masukkan air pandan dan panaskan atas api dapur.

3. Kacau dengan spatula sampai agar-agar dan instant jelly powder larut (make sure larut kalau tak nanti puding tak mengeras).

4. Tambah bancuhan santan tadi, titikan dalam 1-2 titik pewarna kuning telur dan kacau sebati. Step ni sekejap je sebab bila dah masuk santan dalam seminit macam tu, pandan filling akan mula memekat. Kita nak lebih kurang texture puding je. Jangan terlalu pekat nanti susah nak spread.

Cara Buat Kek Lapis Pandan

1. Dalam loyang yang size besar sikit dari size loyang kek chiffon tadi, ratakan Pandan filling pada dasar loyang (nanti terbalikkan yang bawah ni akan jadi bahagian atas). Kalau tak ada loyang lagi besar, trim sikit sisi kek untuk kecikkan size.

2. Letak kek. Ratakan filling lagi sekali. Letak kek. Ratakan filling. Letak Kek. Baki filling pastikan tutup sekeliling tepi kek. Lapisan kek paling atas sekali tak perlu letak filling sebab bila terbalikkan akan jadi bahagian bawah.

3. Biarkan dalam fridge nak bagi filling cepat keras. Dah keras boleh trim bahagian sisi untuk bagi cantik dan potong lah untuk uols makan.

Kek Lapis Pandan Sedap Macam Beli Dekat Bakeri

Resepi Oleh: Aimi Nawi