
Minum petang bersama Donut Gebus. Minta maaf sahabat yang tertunggu resepi donut gebu. Ok untuk resepi kali ini.
Resepi Donat Kentang Gebu
Bahan-Bahan:
500 gram tepung gandum*
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dalam bekas lain dulu)
4 s/b susu tepung* boleh ganti kan dgn 2 s/b susu pekat.
100ml-130ml air ais sejuk (dulu guna air suam) tapi sebab nak cuba teknik baru.
3 s/b shortening/marjerin
3 s/b gula – kalau guna susu pekat gula kite kurangkan ye guna 3 s/b je.
4 s/k baking powder*
4 s/k yis mauripan dicampur dalam air suam 50ml bersama 1 s/b gula. Kacau sebati untuk mempercepatkan proses yis mengembang berbuih dalam 4-5minit.
(yang bertanda * kite ayakkan dulu ye)
Doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok, insyaallah… pastikan doh jangan lembik sangat sebab nanti masa menggoreng minyak serap dalam donut.
Caranya:
1. (Guna mixer) uli dengan tangan pon boleh. Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.
2. Kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dalam bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit-sikit ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan).
3. Masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik (Uli selama 20 minit).
4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
5. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bentuk doh tersebut dengan acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat-donat atas dulang yang ditabur tepung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
6. Goreng di dalam minyak panas (masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus). Masak donut sehingga kekuningan. Angkat dan hias dengan gula icing atau coklat.

Resepi oleh: Ummu Salamah Mohd Salleh