Resepi Pau Kukus Gebu Gebas
Bahan-Bahan:
3 sudu minyak masak
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar mauripan@yis
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar gula
setengah cawan air suam
sedikit garam
pewarna (optional jer) nak buat kaler putih pun takpe
**tips nak bagi senang rata pewarna tu masukkan pewarna dalam campuran yis yang dah berbuih tu baru masukkan dalam tepung
Cara Buat:
1. Satukan yis, air suam, gula dalam mangkuk kacau dan biarkan 10 minit hingga berbuih.
2. Dalam mangkuk berlainan masukkan tepung, susu pekat, garam, dan minyak masak, gaul sebati.
3. Masukkan campuran yis uli hingga jadi doh, bentukkan bulat (ni saya dapat 10 biji saiz macam dalam gambar). Biarkan doh naik, tutup dengan plastik.
4. Leperkan doh. masukkan inti dan biarkan doh mengembang sekali lagi. Kukus pau selama 10 minit je api sederhana besar (jangan lebih nanti pau berkedut).
5. Balut atau tutup kukusan dengan kain. Lepas 10 minit tu angkat sekali dengan periuk kukusan tu dulu baru bukak tudungnya untuk elak pau berkedut.
Inti Kelapa Pandan
Bahan:
setengah cawan air
setengah cawan gula
2 cawan kelapa parut
garam secubit
daun pandan sehelai simpul
Cara Buat:
Masak air, gula, pewarna, daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa dan garam masak hingga agak kering lembap-lembap.
Resepi Oleh: Raja Amanina