
Resepi Kek Batik Marie
Bahan-Bahan:
1 paket biskut Marie (1 keping patahkan jadi dua, nak patahkan jd 4 bahagian pun boleh)
2 cawan milo *
2 sdb serbuk koko *
1 cawan butter* (guna marjerin pun boleh)
3/4 cawan susu pekat manis *(suka manis bleh tambah)
1/ 2 cawan air panas*
2 biji telur
Badam keping (disangan)
Caranya:
1. Sapu marjerin pada loyang dan lapik dgn plastik. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan yang bertanda *, masukkan dalam kuali atau periuk. Masak guna api sederhana perlahan, sentiasa kacau.
3. Bila dah sebati dan mendidih, masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati. Bila dah mendidih, masukkan biskut marie yang dipatah-patah tadi.
4. Kacau dalam 2- 3 minit bagi sebati (saya suka kek batik yang lembab, jadi saya biarkan kuah coklat tu kering sikit pada biskut).
5. Bila dah siap, tutup api dan terus masukkan dalam loyang. Tekan-tekankan guna senduk bagi padat dan rata.
6. Taburkan badam dan biarkan sedikit suam, masukkan dalam peti sejuk. Selepas 1 jam, bolehlah dipotong.
Resepi Oleh: Mariana Zainal