Snek, snek

Cara Buat Rempeyek Kacang Berempah

cara-buat-rempeyek-kacang-berempah

Cara Buat Rempeyek Kacang Berempah

Projek menyambil hari Ahad. Buat rempeyek untuk stok kudapan seisi rumah dan kalau ada tetamu. Tapi kalau tengok tv kena letak sikit je dalam piring. Kalau bawa balang, alih-alih, licin je.

Resepi ni, untuk tak banyak sangat sebab rumah tak ramai orang. Tepung sikit, rempah lebih, sebab saya suka rempeyek kuat rasa rempah dan bawang putih.

Bahan Blend:

  • 5 ulas bawang putih
  • setengah genggam Ikan bilis direndam sedikit
  • 2 camca besar udang kering
  • 1 camca besar tiap satu: biji ketumbar, biji jintan putih
  • 3/4 camca besar jintan manis
  • sedikit air kapur (optional)
  • 1/2 cawan santan dan air (agak-agak, adunan ni lebih cair sedikit dari adunan roti jala)
  • garam

+ Blend hingga halus.

Bahan Lain:

  • Kacang tanah dan Ikan bilis. Basuh dulu dan jemur hingga kering. Jangan guna basah-basah. Nanti dia tak garing.
  • 2-3 helai daun limau purut di hiris halus.

Cara Buat:

1. Panaskan minyak dan letakkan acuan dalam minyak yang dipanaskan.

2. Sementara Itu, dalam mangkuk, campurkan 2 cawan tepung beras dengan 1 biji telur dan hirisan daun limau purut. Masukkan bahan blend tadi.

Cuba Resepi Ni:  Marble Cheese Brownies Gabungan Coklat dan Cheese

3. Kacau rata. Tambah air dan rasa garam. Saya letakkan satu sudu kecil jintan putih dalam adunan untuk tambahan. Adunan agak cair ya, kena agak.

4. Dengan menggunakan acuan Yang dah dipanaskan dalam minyak, letak adunan, tambah kacang tanah dan Ikan bilis dan goreng satu satu.

5. Goreng hingga garing kemudian simpan dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba.

Klik Di Sini Untuk Beli Acuan Rempeyek

Cara Buat Rempeyek Kacang Berempah

Resepi Oleh: Ida Alina Salleh