Roti

Resepi Roti Putih Mudah Tanpa Breadmaker

resepi-roti-putih-mudah-tanpa-breadmaker

Resepi Roti Putih Mudah Tanpa Breadmaker

Sejak bekalan roti dah susah nak dapat kat kedai-kedai berdekatan, macam terpaksalah buat roti putih sendiri. Ada yang panggil roti putih, ada yang panggil roti benggali, ada yang panggil roti buku. Bukan bun manis tau.

Roti ni memang agak keras keliling dan atas dia berkerak. Memang itu yang dimahukan supaya mudah potong dan kruk krak dia tu yang sedap!. Roti ni kali ni saya uli tangan, bukan guna breadmaker.

Bahan-Bahan:

  • 155ml air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 250gm tepung roti (tepung gandum pun boleh)
  • 1 sudu teh serbuk yis segera

Nota: Memang tiada telur. Kalau guna tepung gandum, letak la kuning telur sebiji dalam adunan tu.

Cara Membuat:

1. Dalam besen, letak tepung, butter, gula, garam, susu tepung, yis. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai sebati.

2. Tutup besen dengan towel lembab atau plastik melekap. Biar naik sekali ganda. Tumbuk angin, uli lagi sampai sebati.

3. Simpan tepi lagi, tutup semula dengan towel lembab atau plastik tadi. Biar naik sekali ganda lagi.

4. Canaikan, guna penggelek. Gulung dan klim tepi supaya masa doh kembang tak terbuka. Agak-agakkan saiz doh ikut loyang yang ada.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Bai atau Hotdog Bun, Boleh Buat Roti John atau Makan Dengan Ais Krim

5. Glis loyang dengan butter atau shortening. Biarkan sekejap sehingga adunan naik. Tak perlu panaskan oven (Biar roti masih menaik saat dibakar).

6. Masukkan doh yang dah naik dan terus masukkan dalam oven, suhu 160c selama 20 minit. Nak roti garing, tambah masa lagi.

7. Dah semerbak bau, garing atas cam dah masak sekata, kira dah masak la tu. Keluarkan loyang, hentakkan dan keluarkan roti dari loyang sebab takut berpeluh nanti keliling roti dah tak garing.

8. Boleh potong terus macam saya (sebab tu potongan tak cantik sebab belum sejuk). Boleh sapukan dengan apa-apa sahaja jem kegemaran anda dan anak-anak.

Now everyone can bake their own roti!.

Resepi Roti Putih Mudah Tanpa Breadmaker

Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira