
Resepi Biskut Buah Campuran
Bahan-Bahan:
450gm tepung gandum
300gm gula halus
250gm mentega
100gm buah campuran
50gm tepung kastad
50gm serbuk susu atau susu tepung
2 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
Cara Membuat:
1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.
3. Sementara itu, satukan tepung gandum, kastad dan susu tepung dan ayak hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan bahan ayak ke dalam adunan mentega tadi bersama buahcampuran. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat pada jari.
5. Kepalkan biskut menjadi bulat-bulat kecil dan bakar selama 15-20 minit.