Daging, Masakan Thai

Resepi Daging Merah Ala Thai Tanpa Pewarna

resepi-daging-merah-ala-thai-tanpa-pewarna

Resepi Daging Merah Ala Thai Tanpa Pewarna

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirrahhim, maka “Daging Merah Ala Thai” terhasil dengan mudah dan nikmat.

Bahan-Bahan:

  • 300grm daging
  • 1 biji bawang holand
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili api
  • 1 batang serai
  • 1 batang lobak merah
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Daun sup atau daun ketumbar

Cara Memasak:

1. Rebus dulu daging. Kalau orang Thai akan letak pewarna merah supaya bila masak nanti akan nampak kemerahan. Saya tak letak tau. Jaga kesihatan.

2. Dah siap rebus, ketepikan air rebusan dan potong nipis-nipis. Panaskan minyak dan goreng daging dulu. Angkat dan ketepikan.

3. Pakai minyak yang sama, tumis bawang putih yang dicincang halus sampai kekuningan. Masuk cili kisar, kacau-kacau sampai cili masak.

4. Letak daging goreng tadi dan kacau-kacau lagi. Masuk sos cili, tomato dan tiram. Kacau dan kacau, kemudian masukkan Letak serai dan lobak merah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pad Thai Kung

5. Seterusnya, letak 3 senduk air rebusan dan kacau lagi. Masuk cili padi dan daun limau purut yang dibuang urat tengahnya.

6. Jangan lupa masukkan sos ikan, kacau-kacau sampai kuah pekat. Kalau kuah kering boleh tambah 1 senduk lagi air rebusan.

7. Masukkan pula tomato, Letak bawang holand dan tabur daun sup. Sebenarnya daun ketumbar lebih sedap. Apakan daya, daun ketumbar dah kecut. Saya ganti dengan daun sup. Siap.

Resepi Daging Merah Ala Thai Tanpa Pewarna

Resepi Oleh: Liza Idris