
Puding Roti Neapolitan Sedap Dimakan Sejuk
Lama tak memuding. Jemput tengok cara buat Puding Roti Neapolitan.
Bahan-Bahan:
- 20gm agar-agar tali
- 6 cawan air
- 1/2 cawan gula
- 5 keping roti gardinea*
- 1 tin susu cair*
- 1/2 cawan susu pekat manis*
- 1 – 2 biji telur*
- 1 sudu besar marjerin*
- 1 penutup botol esen vanilla*
- Secubit garam jika perlu
- Pewarna coklat, pink & kuning
Cara Membuat:
1. Blender bahan bertanda (*) hingga hancur halus. Ketepikan. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masuk gula dan kacau sehingga rata.
2. Kemudian, masukkan bahan blender tadi. Kacau-kacau, masukkan secubit garam. Sentiasa dikacau-kacau hingga mendidih. Tutup api.
3. Bahagikan adunan kepada 3 bekas, sama banyak. Warnakan dengan warna Neapolitan iaitu warna coklat, pink, dan kuning.
4. Guna loyang 8×8, tuang warna coklat. Biarkan sederhana beku, kemudian masukkan adunan warna pink atau kuning dulu ikut suka (kalau adunan agar-agar tu cepat beku/mengeras, panaskan semula atas api perlahan). Biarkan bahan beku seketika.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 jam. Boleh potong ikut suka, sedia untuk dihidang. Makan sejuk-sejuk alahai memang sedap.
Resepi Oleh: Zura Zul