Resepi Daging Kicap Berempah Mabeles
Setiap kali masak menu ni mesti kena masak lebih tau. Sebab anak anak suka meratah takpun makan dengan roti. Nak masak pun mudah je tapi sedap. Haaa jom kita mula.
Bahan-Bahan:
- 1 kilo daging
- 2 sudu besar rempah kurma
- 2 sudu besar kicap pekat
- 6 sudu besar kicap lemak manis
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
- 1 inci halia (dimayang)
- 1 labu bawang besar (potong bulat)
- 1 biji tomato (dipotong 6)
- Rempah 4 sekawan
- 1 sudu besar sos tiram
- Garam secukupnya (Kak Za kurang makan masin jadi tak letak)
- Minyak dan air secukupnya
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, goreng daging. Goreng sehingga air daging habis keluar. Masukkan bawang putih, bawang merah, tomato dan halia. Goreng sehingga berbau wangi.
2. Masukkan rempah kurma dan cili kisar. Kacau sebati dan tambah sedikit air. Biarkan mereneh seketika. Lepas tu masukkan kicap pekat, kicap lemak manis, sos tiram dan garam secukupnya. Kacau rata.
3. Untuk kuah kalau suka pekat, tak perlu la tambah air tapi kalau nak cair cair sikit, tambah la sikit air ye. Akhir sekali masukkan bawang besar, kalau nak letak daun ketumbar pun boleh. Kacau rata dahh siap.
Resepi Oleh: Iza Abu Bakar