Sambal & Pencicah

Resepi Sambal Terasi Buah Mempelam

resepi-sambal-terasi-buah-mempelam

Resepi Sambal Terasi Buah Mempelam

Sambal terasi buah mempelam. Sedap kalau gu dengan nasik panas dengan telur goreng. Kalau simpan dalam bekas kedap udara, letak dalam fridge, boleh tahan sampai seminggu. Tapi selalunya, takdan seminggu, sehari habis dah.

Bahan-Bahan:

  • Mempelam 2-3 biji ikut saiz diparut. Tak terlalu muda, tak terlalu masak, yang sedang sedang saja (saya guna mempelam epal)
  • Cabai merah vietnam ikut tahap kepedasan *
  • Cabai hidup merah *
  • Bawang besar 2-3 biji *
  • Bawang putih 4-5 ulas *
  • Tomato masak 2 biji *
  • Belacan bakar 2 inci
  • Air perahan limau nipis.
  • Garam dan gula (Saya tak letak gula)
  • Minyak

Cara Membuat:

1. Potong semua bahan bertanda (*). Kemudian goreng sampai layu dalam minyak panas. Angkat, biarkan sejuk sekejap dan kemudian boleh tumbuk atau blend tanpa air (Saya blend dalam food processor je).

2. Panaskan minyak baki menggoreng bahan-bahan (*) tadi. Masukkan belacan bakar, kacau kacau sampai hancur. Masukkan bahan-bahan (*) dan masak sampai pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Homemade Pasta Sauce Guna Bahan Mudah

3. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan mempelam, kacau sekejap. Perahkan air limau nipis dan siap untuk dihidang.

Resepi Sambal Terasi Buah Mempelam

Resepi Oleh: Naqiyah Sidek