Resepi Daging Bakar Harimau Menangis

Assalamualaikum warga MAHN. Kak Nisa dah cuba Daging Bakar Harimau Menangis hat duk viral sana sini tu. Mashaallah Tabarakallah memang merecik bak hang. Cuma Nisa ada ubah sikit-sikit untuk sedapkan tekak ni. Biasa kalau akak bakar daging untuk BBQ memang macam ni la. Tak perlu banyak bahan, cuma boleh tukar sos ikan tu ke kicap biasa kalau takde. Selamat mencuba.

Resepi Daging Bakar ‘Harimau Menangis’

Resepi perapan daging inilah yang memang saya selalu buat. Mashaallah memang sedap sangat sesuai untuk daging dan ayam.

Bahan-Bahan:

2 kilo daging dipotong kecik atau suka hati tak kisah bahagian mana
5 sudu besar sos cili maggi
5 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos black pepper
6 sudu besar sos ikan/ kalau takde ganti dengan kicap biasa
1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk
2 sudu gula
1 sudu kecil garam tak perlu banyak
1/2 cawan minyak masak

Caranya:

1. Campur kesemua bahan diatas kecuali minyak masak, perap dalam 30 minit. Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dalam 2 jam dan sedia untuk dibakar. Tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut dan juicy.

Bahan untuk sos cili ala thai (hat ni resepi dari resepi viral tu) sos ni tak manis sangat tau, masam-masam manis pedas menyengat.

segenggam asam jawa*
1 cawan air suam* – campur keduanya hanya ambil air asam jawanya sahaja
3 sudu sos ikan
1 biji limau nipis
1 keping gula melaka ditumbuk halus
10 biji cili api tumbuk halus nak pedas boleh tambah lagi
8 biji bawang merah kecik dihiris nipis
beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)
daun ketumbar dipotong halus
garam

Caranya:

1. Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis. Perasakan dengan sedikit garam.

Sos Blackpepper Mushroom

Bahan-Bahan:

2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar sos lada hitam
1 kiub stok ayam
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan sos perapan daging
1 sudu kecil kicap pekat
1/2 cawan whipping cream- kalau takde gantikan dgn susu segar
2 cawan air.. jika pekat adunan boleh tambah air
mushroom dalam tin dihiris nipis

Caranya:

1. Panaskan mentega dalam periuk, masukkan tepung gandum kacau sekata dan masukkan 2 cawan air dan kacau guna whisker sehingga sebati.

2. Masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam tumbuk, stok ayam, sos perapan daging, kicap pekat dan whipping cream. Kacau sekata dan jika adunan pekat boleh tambah sedikit air hingga dapat kepekatan yang diingini.

Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Tahrunnisah Jali yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Tahrunnisah Jali.