
Resepi Nasi Ayam Thai
Mula-mula buat sup –
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong dan basuh bersih)
2 inch halia (ketuk)
5 bawang putih (ketuk)
1 perencah nasi goreng ayam adabi (boleh ganti kiub ayam)
1 asam keping
4 ke 5 akar daun ketumbar yg dicuci bersih
daun ketumbar secukupnya (hiris)
air secukupnya
garam secukup rasa.
carrot
Cara buat:
1. Masukkan semua bahan dalam periuk, buka api besar. Bila dah mendidih, ayam dah 3/4 masak, angkat ayam dan toskan. Tutup api dan tabur daun ketumbar dalam sup.
Masak nasi –
Bahan-bahan:
1kg beras (cuci bersih dan rendam 10 minit. Buang air, toskan)
4 bawang putih
1 inch halia
sedikit air
2 sudu planta
3 akar daun ketumbar
1 perencah nasi goreng ayam adabi/kiub ayam
air secukupnya
garam secukup rasa
Cara buat:
1. Blend bawang putih dan halia dengan sikit air.
2. Panaskan planta. Tumis bahan blend sampai naik bau. Masukkan akar daun ketumbar dan perencah nasi goreng ayam adabi. Kacau sampai pecah minyak.
3. Masukkan beras dan kacau. Masukkan air secukupnya dan perasakan dengan garam.
4. Biar api besar. Bila dah mendidih, kecilkan api. Letakkan ayam tadi. Tutup periuk dan biar sampai masak.
5. Bila dah masak, tutup api. Biarkan 30 minit. Keluarkan ayam dan boleh dipotong dan hidang bersama nasi, sup, ulam dan sos.
6. Tapi faa goreng 2 minit ayam tu dalam minyak banyak dan api besar. Jangan goreng lama. Cukup untuk garing bahagian luar. Baru potong.
Untuk sos –
Bahan-bahan: (kuantiti agak-agak, ikut citarasa)
Lada besar
Cili api
Bawang putih
Daun ketumbar
Air asam jawa (guna air masak)
Cili sos
Gula
Sos ikan
Kicap manis
Cara buat:
1. Blend semua bahan kecuali daun ketumbar sampai sebati. Masukkan daun ketumbar dan blend sekejap je. Tuang dalam mangkuk. Siap.
Penafian: Resepi dan gambar adalah hak milik Puan Nur Fakhira Mohd Rosli yang dikongsikan dalam Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Anda boleh lawati laman Facebook beliau, Nur Fakhira Mohd Rosli.