Resepi Daging Bakar Bersos Thai

Bahan-Bahan:

Bawang putih 3-4 ulas – dicincang halus
Serai 2 batang – dipotong dan ditumbuk sedikit
Kicap pekat (manis) 3-4 sudu
Sos tiram 1 sudu
Sedikit lada hitam
Sedikit garam
Beberapa ketul daging saiz sederhana

Cara Membuat:

1. Letakkan daging didalam bekas berpenutup untuk memudahkan disimpan semasa memerap daging.

2. Taburkan bawang putih, serai, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan sedikit garam.

3. Gaulkan kesemua bahan agar menyaluti daging. Tutupkan bekas dan perap minimum 3 jam.

4. Selepas diperap, bolehlah dibakar daging tersebut di dalam kuali non stik.

5. Agak-agak daging sudah masak dan lembut, potong nipis dan dihidangkan bersama sambal pencicah.

Resepi Sos Thai

Bahan-Bahan:

1 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
5 biji cili api (kalau guna cili akar sila kurangkan dos
5 sudu besar sos ikan (kalau sos ikan agak masin sila kurangkan dos ikut rasa masing2)
perahan limau nipis (tiada sukatan saya cuma perahkan 1 sudu besar sahaja)

Cara Membuat:

1. Tumbuk bawang putih bersama gula hingga lumat. Masukkan cili api dan lumatkan lagi. Kemudian gaulkan dengan sos ikan dan jus limau nipis.

2. Kalau suka boleh taburkan sedikit kacang tanah tumbuk kasar atau halus (ikut suka).

Resepi Oleh: Nora Syikin – MAHN

Comments are closed.