Resepi Spicy Beef atau Chicken Nachos, Memang Sedap! Rugi Tak Cuba

Assalamualaikum..

Saya nak share resepi ‘Cheesy Beef/ Chicken Nachos’. Menu ni saya buat jualan and Alhamdulillah, mendapat sambutan yang sangat memuaskan. Bahan agak-agak ya.

Resepi Spicy Beef atau Chicken Nachos

Bahan-Bahan:

Cachos BBQ paling sedap. (Kalau nak buat keropok nacho sendiri pun boleh.. cuma saya lebih suke texture Cachos yang nipis & tak mudah lemau)

Ayam/ Daging Kisar
Bawang Putih (racik halus)
Bawang Holland (didadu)
sos tiram
kiub pati ayam
chilli pepper
blackpepper
mixed herbs
sedikit gula untuk balancekan rasa.

Cara Buat:

1. Tumis bawang putih & bawang hollang sampai naik bau.

2. Masukkan ayam/daging kisar. Kacau & biarkan sampai kering air sedikit.

3. Masukkan sos tiram, chilli pepper flakes, blackpepper course, mixed herbs & kiub pati ayam. Gaul sebati.

4. Masukkan sedikit gula untuk balancekan rasa. Kacau dan biar sampai sedikit garing & siap.

Resepi Cheese Sauce

Bahan-Bahan:

2 sb butter
250ml fullcream milk
1 sk tepung gandum
1 kiub pati ayam
6 keping cheddar cheese
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk blackpepper
sedikit chilli powder
pewarna kuning (optional)

Cara Buat:

1. Panaskan butter. Bila dah cair, masukkan tepung gandum & kacau sampai tak berketul.

2. Masukkan fullcream milk. Kacau sebati. Masukkan lada sulah, serbuk blackpepper, chilli powder & kiub pati ayam. Kacau sampai pekat & mendidih.

Cara Hidang:

1. Letak keropok Cachos atas pinggan.

2. Tuangkan ayam/daging tadi ke atas Cachos & letakkan cheese sauce di atasnya & picit mayonis sikit. Hidangkan segera.

Nota:

– Kalau nampak pekat, tambah fullcream milk.
– Boleh juga hidangkan dengan pickles. Tapi saya tak suke sangat. Camni dah marbeles dah.. hahaa

Saya halalkan sesiapa yang nak share atau ambil resepi ni. Doakan saya sekeluarga murah rezeki, sentiasa sihat & harmoni dalam kehidupan. Aamin.

Resepi Oleh: Naim Suzen