Kuih Muih

Resepi Cucur Jawa

resepi-cucur-jawa

Resepi Cucur Jawa

Bahan-Bahan:

250 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
100 ml air panas + 225 ml air sejuk.
200 gm gula merah
50 gm gula putih
1/4 sudu teh garam
3 helai daun pandan yang disimpul

Cara Membuat:

1. Masukkan 100 ml air ke dalam periuk bersama gula merah dan gula putih serta daun pandan yang disimpul.

2. Apabila air gula telah mendidih,tambahkan 225 ml air sejuk dan kacau sehingga sebati,biarkan seketika hingga menjadi suam.

3. Masukkan tepung gandum + tepung beras serta garam dalam mangkuk besar dan tapiskan air gula tadi ke dalamnya dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman.

5. Panaskan minyak sebanyak 2/3 dalam kuali kecil.

6. Kacau adunan yang telah dibiarkan semalam, sendukkan adunan dalam senduk kecil dan tuangkan di tengah2 minyak supaya dapat membentuk kuih yang bulat.

7. Biarkan masak di bahagian tepi dan tengahnya. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

cucur-jawa