Ikan, Makanan Laut

Resepi Kengsom Siakap Versi Tumis

resepi-kengsom-siakap-versi-tumis

Resepi Kengsom Siakap Versi Tumis

Bahan-Bahan:

Ikan siakap saiz sederhana
Kangkung (kalu tak suka bleh ganti dengan nenas)
Gula dan Garam secukup rasa
Air asam jawa

Bahan Kisar –

Lada kering
Cili padi- ikut kepedasan sendiri
Bawang merah
Bawang putih
Serai
Halia
Belacan bakar
Kunyit hidup

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.

2. Apabila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, gula dan garam (perah asam jawa sebesar bola golf dengan air lebih kurang 3 cawan untuk kuahnya).

3. Kacau sehingga ia mendidih. Masukkan ikan, biar kuah mendidih sehingga ikan masak.

4. Akhir sekali, masukkan kangkung. Biarkan sekejap, tutup api dan Keng Som telah siap untuk dihidang. Makan panas-panas bersama nasi yang baru dimasak.

Resepi Kengsom Siakap Versi Tumis

Resepi Oleh: Juma Natull – MAHN