Kek

Resepi Kek Larut Malam

resepi-kek-larut-malam

Resepi Kek Larut Malam

Bahan-Bahan:

6 biji telor gred A**
1 Cawan minyak jagung**
1 Cawan gula halus** (kurangkan jika manis)
2 Sudu besar susu pekat manis**
1 Sudu teh esen vanilla**
1 Sudu besar Ovallet**

2 Cawan tepung gandum
1 Sudu teh baking powder

+ Ayakkan tepung gandum dan baking powder kemudian asingkan

Cara Membuat:

1. Putar bahan-bahan bertanda** sampai kembang dan putih gebu.

2. Masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit gaul sebati secara kaup balik.

3. Bahagikan bancuhan mengikut kesukaan masing-masing dan masukkan pewarna yang disukai.

4. Sapukan mentega atau minyak kat loyang dan masukkan bancuhan tadi mengikut kreativiti masing-masing.

5. Jika hendak kukus tutup loyang dengan aluminium foil sebelum masuk ke pengukus untuk mengelakkan air menitik atas kek.

6. Kukus dalam masa 1 jam atau lebih sehingga masak dengan menggunakan api serdehana kuat.

7. Jika hendak bakar, macam biasa masukkan adunan ke dalam oven mengikut kepanasan suhu oven masing-masing.

8. Cucuk dengan lidi jika hendak tengok kek masak atau tidak. Jika lidi kering tak ada lekat basah-basah kek, tandanya kek dah masak.

Resepi Oleh: Mazitah Ahmad Nur Solehah – MAHN