Kuih Muih

Resepi Cucur Ikan Bilis Viral

resepi-cucur-ikan-bilis-viral

Resepi Cucur Ikan Bilis Viral

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
3 cawan air panas mendidih secukupnya (bukan suam-suam kuku tetapi yang baru mendidih)
Segengam ikan bilis 20 gram(boleh kisar atau tumbuk halus jika suka)
Kucai/daun sup (JJ guna daun sup aromanya sedap )
lobak merah dipotong dadu.
cili merah di mayang halus( JJ tambah nk nmpk ceria cucurnya)
bawang besar (dadu dadu kecil)
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, lobak merah serta daun kucai/sup, dan garam.

2. Apabila tepung dan bahan-bahan lain sudah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas/besen yang besar.

3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit, apabila tepung masak dan pekat tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian ye (wat sikit-sikit).

4. Apabila semua tepung dah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu, kalau menggunakan tangan kang habis la tangan korang.. kan air panas tu.. hehe.

5. Setelah doh agak sejuk sedikit, basahkan tapak tangan dengan air bersih dan boleh bulat-bulatkan doh (JJ sapu minyak sikit kat tapak tangan senang nak bulatkan).

6. Tunggu tepung sejuk sikit baru goreng. Bila dah siap. boleh makan dengan sos peberet korang.

Tips:

– Boleh tambah udang atau apa-apa yang korang suka. Kadang-kadang admin letak udang, bawang, garam dengan carrot je.. pon sodap.
– Basahkan tapak tangan untuk bulat-bulatkan doh tu, tujuannya nak memudahkan korang. Kalau tangan basah, bentuk doh tu lagi cantik.
– 3 cawan tu boleh makan seisi keluarga. Kalau korang tingal berdua je, buat satu cawan je dah la.

Resepi Oleh: JJ Pau Mawar