
Memandangkan saya tak berapa sibuk, boleh la saya share resipi durian crepe ni dengan hampa semua. Lani durian murah kan. Boleh la balik buat. Boleh share ya, resipi ni sangat sedap. Saya buat jual, cuma tahun ni tak sempat. Yang teringin tu boleh cuba.
Resepi Durian Crepe
Bahan Crepe:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 sudu besar tepung ubi kentang
1 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam
2 sudu besar gula icing
2 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak masak
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
Sedikit esen vanila
Beberapa titik pewarna kuning
Bahan Inti Kastard Durian:
Isi durian yang dihancurkan
Filling Whipping Cream:
500gm whipping cream
2 sudu besar gula icing
Cara Membuat:
Crepe:
1. Kesemua tepung di atas diayak terlebih dahulu dan masukkan ke dalam satu bekas.
2. Masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air, susu segar serta pewarna kuning. Blenderkan. Kemudian tapis.
3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu kuali dengan sedikit minyak (oles guna tisu).
4. Apabila kuali dah panas, angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam kuali. Lenggangkan kuali sehingga adunan rata dan nipis. Pastikan crepe tadi memenuhi permukaan kuali.
5. Letak kembali kuali di atas dapur untuk seketika dan kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti crepe akan hangit. Crepe ini tidak perlu diterbalikkan kerana ia nipis dan mudah masak.
6. Ulangi langkah sehingga habis. Boleh ditindih bertindan sebab tidak melekat
Inti Durian:
1. Dalam bekas lain, masukkan Isi durian dihancurkan . Masukkan kedalam peti sejuk supaya tak cair.
Filling Whipping Cream:
1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing.
2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan ke dalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak cair.
3. Paipkan whipp cream, isi durian ditengah dan paipkan lagi whipp cream. Balut.
4. Ulang lagi. Sejukkan sebelum dinikmati.
Resepi Oleh: Shah Sue
Resepi Lain:
No related posts.