Resipi Cucur Udang Gebu
Bahan-Bahan:
1 kg tepung gandum (saya guna tepung cap lily)
200 ml air (air masak suhu bilik)
Yis mauripan – sepeket
Daun kucai – seikat
Taugeh – segenggam
Garam 2 sudu kecil
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Udang
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan kecuali udang, kemudian kacau sampai sebati. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
2. Kemudian, biarkan selama 10 minit sehingga adunan naik.
3. Panaskan minyak masak, rendam senduk ke dalam minyak panas. Kemudian, cedokkan adunan dengan sudu besar ke dalam senduk yang telah di panaskan.
4. Letakkan udang di atasnya, kemudian rendamkan senduk tersebut ke dalam minyak.
5. Biarkan sehingga adunan timbul sendiri dari senduk. Akhir sekali goreng sehingga masak. Hidangkan dengan sos atau kuah kacang.
Resepi Oleh: Mohd Radzi – MAHN