Pastry

Resepi Creampuff Mudah Dengan Custard Filling

resepi-creampuff-mudah-dengan-custard-filling

Resepi Creampuff Mudah Dengan Custard Filling

Dulu Jual creampuff tapi sekarang dah pencen. Harini Saja la buat, selamat skill masih ada.

Bahan-Bahan Creampuff Kastard:

  • 250 ml air
  • 100 gram marjerin (saya guna marjerin pelangi je)
  • 125 gram tepung gandum
  • 3 biji telur
  • Esen Vanilla 1 sudu kecil

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan marjerin dalam periuk, masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih. Bila dah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.

2. Biarkan sampai tepung suam, lepastu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati. Sapukan loyang dengan marjerin.

3. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu (kalau ada acuan pakai la acuan, kalau takdak pun takpa) dan susunkankan dalam loyang jarak-jarakkan tau sabab nanti creampuff akan mengembang.

4. Last sekali spray dengan air. Bakar creampuff dalam oven dengan suhu 180c selama 35 minit.

Bahan Custard Filling:

  • 250 ml susu cair/Susu full cream
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 5 sudu besar gula (kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Bun Sosej Menggunakan Breadmaker

Cara Membuat:

1. Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan. Masak sampai filling tu mendidih dan kental. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap.

  • Nak cantik boleh bubuh snow powder, takdak tak payah bubuh tu hiasan je.
  • Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau. Kita yang buat dia kan?.
Resepi Creampuff Mudah Dengan Custard Filling

Resepi Oleh: Izz Aishah