
Resepi Creampuff Meleleh
Bahan-Bahan: 20 Biji
250ml air
100g mentega
125g tepung gandum
3 biji telur gred B (kalau telur gred A guna 2 biji)
1 sudu kecil gula
Secubit garam
Bahan Filling Creamy Vanilla –
1 cawan whipping cream
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat:
1. Didihkan air dan mentega di dalam periuk sehingga mentega cair.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga menjadi adunan likat.
3. Biarkan adunan sejuk seketika dalam 10-15 minit sebelum masukkan telur.
4. Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan dan kacau gunakan mixer pada kelajuan tinggi untuk dapatkan creampuff yang berongga di dalam.
5. Setelah adunan dah siap dipukul hingga sebati, masukkan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bintang untuk dapatkan efek corak.
6. Sapukan loyang guna mentega atau dilapik baking paper. Paipkan adunan satu persatu secara berjarak kerana creampuff akan mengembang.
7. Bakar dengan suhu 170c selama lebih kurang 30 minit (ini penting sebab kita nak dia slow cook pada suhu rendah tapi guna masa lama supaya dalam creampuff pun masak, kalau oven terlampau panas takut luar je garing tapi dalam tak masak nanti creampuff akan mendap dan tak kembung).
8. Keluarkan creampuff dan biarkan sejuk sebelum digunting dan dipaipkan cream filling ke dalamnya. Akhir sekali boleh tabur gula aising dan siap.
Cara Buat Filling –
1. Sejukkan dulu bekas yang hendak digunakan untuk pukul krim di dalam peti ais. Whipping cream pun perlu disimpan di dalam peti ais.
2. Keluarkan bekas dari peti ais dan masukkan whipping cream, gula dan vanilla bersama dan pukul gunakan mixer pada kelajuan tinggi hingga memekat (tips: nak bagi krim ni kembang dan pekat kena pastikan semua sejuk kalau tidak, pukul macam mane pun krim akan jadi cair je).
3. Simpan dulu filling ni di dalam peti ais sebelum digunakan.
Resepi Oleh: Hurun’Iin Abdul Malik – FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)