Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Thai

resepi-ikan-siakap-tiga-rasa-thai

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Thai

Bahan Perapan Ikan:

  • Ikan siakap
  • Sedikit garam
  • Tepung jagung
  • Minyak untuk mengoreng

Caranya:

1. Bersihkan ikan dan kelar, sapu sedikit garam sekeliling ikan dan salutkan dengan tepung jagung sahingga rata. Goreng sehingga garing dan toskan minyak.

Bahan Untuk Sos:

  • 1 biji Bawang hollend (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 batang serai (potong menyerong)
  • 1 inci halia (potong panjang-panjang)
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Cili padi kalau nak pedas lebihkan (potong kecik-kecik)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 5 sudu besar cili kering yang dikisar
  • 1 senduk sos 3 rasa mahsuri
  • 3 sedikit air
  • Perasa jika perlu
  • Minyak untuk menumis.

Caranya:

1. Panaskan minyak tumis bawang hollend, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau dan masukkan daun limau purut.

2. Bila bawang dah naik bau, masukkan cili kering dan sos, masak sehingga pecah minyak. Masukkan sos ikan, tambah air jika mahu sos sedikit cair, boleh tambah perasa jika suka.

3. Bila sos dah hampir masak, masukkan cili padi dan tomato. Bila sos dah siap masak tuang sos ke atas ikan tadi.

Siap resepi ikan siakap tiga rasa thai yang mudah dan sedap. Selamat mencuba.

Resepi Ikan Siakap Tiga Rasa Thai

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman