Roti, Sarapan

Sedap dan Wangi Mexican Bun Guna Roti Sandwich

sedap-dan-wangi-mexican-bun-guna-roti-sandwich

Sedap dan Wangi Mexican Bun Guna Roti Sandwich

Makan malam settle. Makan yang simple-simple ja habuan tarik kain selimut orang kata. Malam nie kita buat roti boy atau mexican bun guna roti putih (sandwich) ja. Penah viral tak lama dulu, malam nie kita cuba, try, test. Selalunya dok beli kat mall yang bulat tu. Memang paberet dan akan beli kalau lalu kot tempat yang orang dok juai tu. Wangi dia tu, bau 1 mall dan-dan rasa nak beli.

Tapi bila dah viral buat roti boy nie hanya menggunakan roti putih ja, pastu senang plak tu cara nak buatnya, apa lagi kita pon try buat tgok. Sedap, wangi, dan mudah ja. Garing kat luaq dan lembut kat dalam. Gabungan rasa kopi dengan butter dan gula, sungguh sepadan. Pekena plak dengan kopi O atau teh O, lagi la sepadan.

Bahan-Bahan:

  • 80gm butter (salted)
  • 60gm gula icing
  • 1 biji telur gred A
  • 80gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar air kopi (3 in 1 pon boleh)
  • 10 keping roti putih
  • Butter & gula

Cara Membuat:

1. Sediakan topping; Pukul butter dan gula icing sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati. Kemudian masukkan tepung, adun sebati baru masukkan kopi yang dah dibancuh dengan air panas terlebih dahulu. Sambung pukul lagi sehingga adunan rata dan sebati. Masukkan adunan dalam piping bag dan ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti Sosej Lilit

2. Sediakan roti; Sapukan permukaan roti dengan butter. Kemudian taburkan gula, ambil sekeping lagi roti dan lapiskan di atas roti yang disapu butter dan gula tadi. Buat sehingga habis roti. Kemudian roti tadi dipotong 2 bahagian dan susun di atas dulang pembakar. Paipkan adunan topping tadi di atas permukaan roti yang dipotong tadi.

3. Bakar pada suhu 170 – 180c selama 15 – 20 minit (sebelum tu panaskan oven terlebih dahulu). Ia akan masak sempurna apabila nampak sedikit garing dipermukaan dan sedia untuk dihidangkan.

Sedap dan Wangi Mexican Bun Guna Roti Sandwich

Resepi Oleh: Shah Shatry