
Kalau masak rendang bahan-bahan rencah tu nina lagi suka tumbuk, Lagi sedap.. Masak apa-apa je pun nina lagi suka menumbuk. Nina masak lebih nak bagi jiran-jiran sekali. Sedap cicah pulut kuning. Nak panggil rendang anak dara aci dakk ni…hehe..
Resepi Rendang Ayam Rencah Tumbuk
Bahan-Bahan:
seekor ayam
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
2 batang serai diketuk
1 senduk cili kisar atau cili giling
1 kotak kecik santan
5 helai daun kunyit dihiris halus
5 helai daun limau purut dihiris halus
kerisik 3 sudu besar
asam keping 2 keping
gula garam secukup rasa
air
minyak untuk menumis
Cara Masak:
1. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih, halia, lengkuas dan halia. Tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan garing.
2. Masukkkan cili kisar atau cili giling tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam, asam keping. Tambah sedikit air dan masukkan santan.
3. Masak hingga mendidih dan pekat. Masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut yang dihiris halus.
4. Perasakan dengan gula dan garam dan masak hingga pecah minyak. Enak dimakan bersama pulut kuning.
Lihat di sini cara buat pulut kuning.
Resepi Oleh: Raja Amanina