
Resepi Sotong Sumbat Telur Kuah Sambal Pedas Manis
Bahan-Bahan:
Sotong 7 ekor saiz sederhana dicuci bersih
Isi Sotong Sumbat –
3 biji telur
2 biji bawang besar potong dadu
Sedikit daun kucai dihiris halus
1 biji cili besar merah dipotong dadu
1 sdk garam
Sedikit minyak masak untuk goreng
Bahan Untuk Kuah –
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili kisar 4 sdb (boleh kurangkan untuk tak terlalu pedas)
2 sdb gula
1 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdk garam
1/2 cawan air
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Masak:
1. Campur semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak masak. Pukul sebati macam buat telur dadar. Panaskan minyak & goreng telur. Kacau sehingga telur hancur.
2. Sumbat telur yang dimasak dalam badan sotong.
3. Untuk buat kuah; Panaskan minyak. Tumis bawang yang telah dikisar sehingga kekuningan.
4. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos tomato, gula & garam masak sebati.
5. Masukkan air untuk tambah kuah. Air tak boleh banyak sebab nanti nak masuk sotong dalam kuah. Masuk sotong & biarkan masak dalam 10 minit.
6. Alih sotong kedua-dua bahagian bagi masak sekata. Potong badan sotong yang telah dimasak.
Resepi Oleh: Zuhairah El-Fathini