Masakan Barat, Sayur, Sup

Resepi Sup Cendawan (Mushroom Soup)

resepi-sup-cendawan-mushroom-soup

Resepi Sup Cendawan (Mushroom Soup)

Bahan-Bahan:

250 g cendawan butang
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL
1 kiub ayam “Maggi”
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 – 5 biji cendawan tadi dan dipotong dadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.

2. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu.

3. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.

4. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.

5. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat.

7. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit daun parsley yang dicincang dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih.

sup-cendawan