Snek, snek

Resepi Cendawan Inoki Ring Crispy

resepi-cendawan-inoki-ring-crispy

Resepi Cendawan Inoki Ring Crispy

Rasa surprise sangat, nak tahu kenapa? Biasa kalau masak mesti dahulukan anak-anak kan?, anak kenyang mak happy. So hari ni buat sesuatu yang mereka susah nak makan dan kurang mendapat sambutan. Jeng jeng jeng.. Aduhai minta lagi, sedap sebab rangup di luar tu. Lepas ni boleh buat lagi, tq AJI-SHIO Cooking terbaik.

Bahan-Bahan:

  • 1 pek cendawan enoki – potong dua
  • 1 biji bawang holland – potong buat
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil lada berperisa AJI-SHIO
  • 1/4 sudu kecil lada hitam berperisa AJI-SHIO
  • 1/2 cawan tepung goreng ayam
  • 1/4 cawan tepung gandum

Cara Membuatnya:

1. Kocok atau pukul telur dan campur dengan cendawan enoki. Masukkan lada berperisa dan lada hitam berperisa AJI SHIO kacau supaya sekata.

2. Sapu sedikit minyak di dalam kuali non-stick, ambil satu keping potongan bawang yang telah dipotong bulat dan letak cendawan enoki di tengahnya. Sudukan sedikit telur supaya cendawan elok melekat.

3. Biarkan masak sebentar. Apabila sudah masak angkat dan letak di atas tisu dapur supaya tidak berminyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Viral Indonesia Lukumades atau Donut Yunani

4. Satukan tepung goreng ayam dan tepung gandum, asingkan 2 sudu besar campurkan sedikit air. Ambil enoki ring tadi dan celup ke dalam bancuhan tepung, kemudian golekkan di dalam tepung kering tadi.

5. Pastikan minyak sudah panas, goreng enoki ring hingga warna keemasan, angkat dan toskan minyak. Sedia dinikmati bersama dengan cili sos, mayonis mahu pun cili kicap.

Resepi Cendawan Inoki Ring Crispy

Resepi Oleh: Julia Aleen Airesh