Mee

Resepi Mee Kari Nyonya Kuahnya Memang Sedap

resepi-mee-kari-nyonya-kuahnya-memang-sedap

Resepi Mee Kari Nyonya Kuahnya Memang Sedap

Bahan Sambal:

  • 7 tangkai lada kering (rendam sampai lembut)⁣
  • beberapa biji cili api⁣
  • 1 sudu udang kering⁣
  • air secukupnya ⁣
  • 1/2 cawan minyak⁣
  • garam, gula dan air limau secukup rasa ⁣

Cara Buat Sambal:

1. Kisar lada kering, cili api dan udang kering dengan sedikit air sampai lumat. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai garing, tambah sedikit air dan kacau.

2. Perasakan dengan garam, air limau dan gula. Kacau sampai garing dan pecah minyak. Tutup api, simpan dalam bekas.

Bahan Kuah Kari:

  • 2 biji bawang besar⁣
  • 5 ulas bawang putih⁣
  • 2 batang serai⁣
  • 1 sudu biji ketumbar⁣
  • air secukupnya ⁣
  • minyak masak secukupnya ⁣
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan pelaga)⁣
  • segenggam daun kari⁣
  • 1 paket rempah kari ayam⁣
  • 2 keping besar dada ayam (hiris)⁣
  • 2 asam keping⁣
  • 1/2 keping gula kabung/melaka/perang⁣
  • 3 keping fishcake (hiris)⁣
  • beberapa biji fishball⁣
  • 1 kotak santan ayambrandmy ⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • serbuk ayam secukup rasa ⁣
  • 10 ketul tauhu kering (potong 2)

Bahan Sampingan:

  • mee dicelur⁣
  • bihun dicelur⁣
  • kacang buncis/kacang panjang⁣
  • hirisan lada merah⁣
  • daun sup

Cara Memasak:

1. Kisar bawang besar, bawang putih, serai dan biji ketumbar dengan sedikit air sampai lumat. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, daun kari dan bahan kisar. Kacau sampai garing.

Cuba Resepi Ni:  Cara Buat Rojak Mee ala Mamak

2. Tambah serbuk kari dan kacau lagi sampai garing. Tambah 1/2 cawan air, kacau sampai garing dan pecah minyak. Tambah 1/2 cawan air lagi dan kacau sekali lagi sampai pecah minyak.

3. Seterusnya, tambah isi ayam, kacau rata dan tambah air secukupnya. Kacau. Masukkan asam keping dan gula kabung. Kacau dan tutup periuk, biarkan mendidih.

4. Bila dah mendidih, masukkan fishcake dan fishball. Kacau lagi. Tambah santan, bilas kotak santan dengan air dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sebati.

5. Perasakan dengan garam dan serbuk ayam. Kacau sampai mendidih dan kuah masak sekata. Masukkan tauhu kering. Kacau sekejap dan tutup api.

6. Hidangkan mee campur bihun, tuangkan kuah kari. Letak bahan lain dan siap. Moh makan!⁣.

Resepi Mee Kari Nyonya Kuahnya Memang Sedap

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo