Crinckle Choc Cookies Rasa Macam Kek Coklat
Boleh cuba cookies ni. Jenis cookies omputeh yang rasa macam kek coklat, sedap yang rangup!.
Bahan-Bahan:
- 1/2 cawan minyak
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 cawan + 2 sudu besar tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 2 sudu teh baking powder
- 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 1/2 sudu teh emplex
- 1/4 sudu teh garam
Bahan Salut: Gula icing
Cara Membuat:
1. Satukan tepung, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat, emplex dan garam. Dalam mangkuk lain, minyak dan gula dipukul sekejap dan masukkan telur satu persatu hingga sedikit kembang.
2. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit tadi ke dalam adunan basah dan gaul rata. Adunan akan sedikit lembut, simpan ke dalam chiller sekurang-kurangnya sejam.
3. Keluarkan sedikit dari keseluruhan adunan untuk dicedok dan dibulatkan. Yang lain simpan dulu bila dah ready nak bulatkan baru keluarkan lagi.
4. Golekkan ke dalam icing sugar sepenuhnya, jangan ada bahagian yang tak diselaputi. Susun dalam loyang yang dialas kertas pembakar ataupun loyang yang diglis nipis dengan shortening.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160c selama lebihkurang 10 hingga 12 minit, ikut pada saiz cookies dan kadar kerangupan yang dimahukan.
Resepi Oleh: Nieza Nor Hamnira