Pastry

Resepi Buttermilk Raisin Scones Gebu Gebas

resepi-buttermilk-raisin-scones-gebu-gebas

Resepi Buttermilk Raisin Scones Gebu Gebas

Bahan-Bahan:

450g tepung naik sendiri
50g butter, sejuk
30g gula halus
1 telur grade A
1 tsp Vanila Esen
250ml buttermilk (jenama dairy farmers, kalau nak buat sendiri sila rujuk resepi di bawah)
1/2 cawan kismis hitam
1/4 tsp garam

Sapuan –

1 biji telur + 2 tsp air, dikocak

Caranya:

1. Satukan butter dan tepung naik sendiri di dalam mangkok, Gunakan hujung jari, gaul dan ramaskan mentega dengan tepung tadi hingga menjadi serbuk roti.

2. Sementara itu, Masukkan gula, kismis hitam dan gaul hingga sebati. Setelah itu, campurkan telur dan vanilla esen yang sudah dipukul bersama buttermilk dalam satu bekas.

3. Gaul perlahan-lahan sehingga doh sebati tetapi jangan sampai melekat.

4. Keluarkan doh, taburkan tepung sedikit demi sedikit kemudian uli pelahan, lipat doh lebih 2-3 kali sehingga ia sebati dan tidak melekat di jari. Rata kan doh kira-kira 4cm (1 1/2 inci) dalam (jangan uli kuat sangat nanti scones akan menjadi keras).

5. Ambil acuan pemotong scones bulat berukuran 5 cm (2 inci) (tekap pakai gelas air pun boleh) celup ke dalam tepung dan mula tekap adunan jangan pusing, angkat susun dalam loyang pembakar.

6. Sapu dengan telur + air yang telah dikocak tadi, Bakar selama 10 minit atau sehingga keemasan di atas permukaan scones, siap!.

Saya suka scone yang disajikan dengan jem strawberi atau lemon curd, homemade of course!

Resepi Homemade Buttermilk

Bahanya:

1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon

Caranya:

1. Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Dah siap menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.

Yummy Lemon Curd

+ Kaedah ketuhar gelombang mikro atau double boiler

Bahannya:

Parutan halus kulit lemon dari 3 biji lemon
1/3 cawan jus lemon segar (3 biji lemon)
2/3 cawan gula halus
secubit garam
1/2 cawan butter, cairkan
4 biji telur grade A

Caranya:

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar selamat dengan ketuhar gelombang mikro, 4 – 8 minit atau sehingga pekat. Keluarkan setiap 1 min kacau masuk balik (ulang ulang) masak sehingga pekat. Tapis kan, siap.

2. Lebihan lemon curd boleh disejukkan dalam peti ais selama seminggu; kalau nak simpan lama boleh di beku kan dalam freezer sehingga 3-6 bulan.

Nota: Kalau tak nak guna microwave boleh masak kaedah double boiler, whisk semua bahan sehingga pekat. Tapis kan, siap.

Resepi Buttermilk Raisin Scones Gebu Gebas

Resepi Oleh: Lina Thomas