Kek

Resepi Peanut Butter Bundt Cake

resepi-peanut-butter-bundt-cake

Resepi Peanut Butter Bundt Cake

It is dense, but moist, and very full of flavor.

Bahan-Bahannya:

1 cawan butter, lembut
1 cawan gula (original resepi pakai 2 cawan)
1 cawan gula perang
1/2 cawan mentega kacang
5 biji telur grade A
2 sudu esen vanila
3 cawan tepung kek *
1/2 sudu teh serbuk penaik *
1/2 sudu teh garam *
1/4 sudu baking soda *
1 cawan susu segar atau whipping cream (saya guna susu segar)

* Di ayak sekali

Nota: Kek omputih ni manis sikit, boleh kurangkan gula jika mahu.

Caranya:

1. Putar mentega bersama gula dan esen vanila hingga mentega bertukar warna putih.
2. Masukkan gula perang, mentega kacang putart sehingga sebati.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Masukkan tepung yang telah di ayak bersama serbuk penaik, garam dan baking soda sedikit demi sedikit dan susu, putar sehingga sebati.
6. Bakar suhu 170 c (325 f) selama 60 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven, guna api atas dan bawah).

Peanut Butter Frosting/Glaze

Bahan-Bahan:

1/2 cawan butter, lembut
1 cawan mentega kacang
2 cawan gula aising
7-9 sudu besar susu segar (lebih kurang bergantung kepada konsistensi yang anda mahu)

Nota: Boleh buat separuh dari resepi ini jika mahu.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pastry Fruits Cake dengan Sos Vanilla Berkrim

Caranya:

1. Putar butter dan mentega kacang sebati.
2. Masukkan gula aising dan susu putar sehingga mencapai konsistensi yang diinginkan.

Chocolate Drizzle

Bahan-Bahan:

1/2 cawan coklat cip
1 sudu kecil minyak masak

Caranya:

1. Cairkan dalam microwave sehingga cair. Drizzle atas frosted kek.

Resepi Peanut Butter Bundt Cake

Resepi Oleh: Lina Thomas