snek, Snek

Resepi Viral Donat Maggi

resepi-viral-donat-maggi

Ni pagi tadi aznie buat. Ngetest resepi yang lagi viral kat negara jiran kita di Indonesia. DONAT MAGGI (DONAT INDOMIE), Cuma beza diorang guna INDOMIE Aznie guna MAGGI je.. Memang sedap.

Resepi Viral Donat Maggi

Bahan-Bahan:

2 Bungkus Maggi
2 Batang Sosej } Potong Dadu
4 Biji Telur } Pukul Sebati
2 Pek Serbuk Maggi

Bahan Butter –

1cawan Tepung Gandum
1 Cawan Air + 2 Sudu Besar Air
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
*serbuk Roti Secukupnya

+ Sebatikan semua bahan di atas kecuali yang bertanda *.Kalau masih pekat tambah sikit lagi air. Jangan terlalu cair ye, buat macam kita goreng pisang.

Cara Buat:

1. Rebus maggi hingga ia kembang, kemudian toskan. Masukkan telur, sosej dan juga serbuk perencah maggi ke dalam maggi. Gaul hingga sebati.

2. Panaskan kukusan. Sapukan acuan dengan sedikit minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah).

3. Masukkan adunan maggi tadi di dalam acuan, kemudian boleh la dikukus. Kukus selama 12 minit, untuk acuan seri ayu aznie kukus 5 minit je.

Cuba Resepi Ni:  Cucur Garing Rangup Makan Panas-Panas Sedap

4. Bila dan masak, angkat dan boleh la dikeluarkan dari acuan.

5. Panaskan minyak di dalam kuali. Celupkan seketul maggi yang dah siap kukus tadi ke dalam adunan butter hingga rata.

6. Kemudian, salutkan pula dengan serbuk roti, salut hingga rata semua. Boleh la digoreng, biar hingga warna keemasan dan boleh la diangkat.

7. Siap, boleh la dihidangkan bersama cili sos kegemaran anda.

Resepi Viral Donat Maggi

Resepi Oleh: Aznie Khasri