Resepi Southern Buttermilk Biscuits and Gravy
Our Favorite Southern Buttermilk Biscuits and Gravy (Ala ala Texas Chicken Honey Butter Biscuits).
The only biscuits I’ve ever made they were so flaky and came out perfectly. Will definitely be making these again! Here is the recipe if you want to try. Similar to the scone but this one isn’t sweet. Biscuits can do it all breakfast, lunch and dinner and everything in between! I like mine with butter and jam!.
Bahan-Bahan:
1/2 cawan mentega, beku, simpan dalam freezer overnight (potong kecil)
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan buttermilk sejuk
2 sudu besar butter, cair atau honey (untuk memberus)
Cara Membuatnya:
1. Panaskan ketuhar hingga (230c) 450f. Masukkan tepung, dan frozen butter (di potong kecil-kecil) dalam satu bekas,kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Sejuk kan 10 minit di dalam freezer.
2. Keluarkan dari freezer, Buat lubang ditengah-tengah bancuhan, masukkan buttermilk sejuk, guna spatula, sudu kayu atau tangan anda dan kacau sebanyak 15 kali. Doh akan melekat.
3. Tabur sedikit tepung ke atas tempat menguli, keluarkan doh uli dengan tangan sahaja, kemudian guna pin rolling, “canai lipat canai” seperti kita membuat puff pastry sebanyak 4 kali ulangan.
4. Canai doh setebal 1/2 inci dan terap dengan acuan bulat 2 1/2 inci, terap jangan pusing sampai habis (Terap guna gelas pun boleh).
5. Bakar pada (230c) 450f selama 10 – 12 minit atau sehingga kuning keemasan di permukaan biscuits. Keluarkan dari oven, berus dengan butter cair atau honey. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama butter dan jem pilihan anda atau gravy.
Pengganti Buttermilk –
Untuk setiap cawan buttermilk, anda boleh menggunakan 1 sudu cuka putih atau jus lemon ditambah susu yang cukup untuk mengukur 1 cawan. Kacau, kemudian biarkan selama 5 minit.
Perfect gravy for biscuits or toast – Beef Gravy for Southern Buttermilk Biscuits
Bahan-bahan:
100g daging kisar
2 sudu besar butter
2 – 3 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/8 sudu teh lada hitam
1 sudu teh chili flakes
1 sudu teh italian seasoning
1-1/2 cawan susu segar
Sedikit serbuk pati ayam
Warm southern buttermilk biscuits
Caranya:
1. Dalam periuk kecil, tanpa minyak goreng daging kisar di atas api sederhana sehingga masak. Tos kan air daging.
2. Masukkan butter dan masak sehingga cair. Masukkan tepung, garam dan lada hitam; masak dan kacau sehingga sebati.
3. Secara perlahan-lahan tambah susu, kacau sentiasa. Biar kan mendidih; masak dan kacau selama 2 minit atau sehingga pekat. Hidangkan dengan Warm southern buttermilk biscuits.
Resepi Oleh: Lina Thomas