Resepi Kari Ayam Campur Telur Style Mamak Tanpa Santan

Resepi Kari Ayam Campur Telur Style Mamak Tanpa Santan

As,salamualaikum. Hari Zizah nak kogsikan resepi kari ayam campur telur mamak style yang dimasak tanpa menggunakan santan. Kuahnya memang pekat dan likat, sangat sesuai dimakan bersama nasi putih, roti canai, serta roti jala.

Bahan A:

  • Bawang kecil/merah
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan di atas nak hiris halus boleh, nak tumbuk kasar-kasar pun boleh, lagi bagus bagi keluar airnye.

Bahan B:

  • Daun kari 3 tangkai
  • Rempah 3 sekawan
  • Cili kering 4 tangkai – potong 2
  • Jintan manis
  • Serai 2 btg – titikkan (Wajib ada)

Bahan C:

  • Sukatan Rempah kari 2 peket kecil
  • Serbuk cili 1 peket (Kalau tak suka pedas, boleh je kurangkan)
  • Serbuk kunyit 2 sudu besar

Bancuh semua bahan dengan air.

Bahan Lain:

  • Ayam 1 ekor atau 1/2 ekor – Terpulang
  • Telor rebus

Rempah kari (Yang zah guna ni jenama adabi). Apa-apa jenama pun ok tapi tips kalau nak lagi sedap & mantap boleh guna rempah kari jenama babas, memang padu.

Cara Memasak:

1. Tumis bahan-bahan A tadi dengan minyak yang agak banyak sampai naik bau. Masukkan bahan B lepastu masukkan bahan C, kacau sampai pecah minyak ye. Kemudian, tambahkan air, agaran dalam 500 ml dulu. Kacau dan bila kuah dah megelegak, slowkan api baru masukkan ayam.

2. Tutup sekejap dengan penutup periuk dan biarkan mereneh dalam 10 minit, lepastu kacau lagi. Tengok nak kuah banyak mana, agak-agak lepas tenggelamkan ayam ok la. Kuah jangan terlalu banyak nanti jadi cair pulak, tak pekat. Kalau kurang air baru tambahkan air panas ye.

3. Tutup periuk dan biarkan masak sampai sebati sehigga ayam tu empuk lembut. Masukkan telur yang dah direbus serta buang kulitnye. Letak bahan hiasan seperti tomato dan cili merah. Taburkan garam dan letak 1 asam keping. Dah siap.

Tips: Sekiranye ada kerisik boleh tambahkan dalam 2 sudu. Memang lagi mantap kari ni nanti. Tapi kalau takda pun takpe, ikut citarasa masing-masing yer.

Selamat mencuba. Insya Allah pasti sedap. Tak cuba tak tahu kan.

Resepi Kari Ayam Campur Telur Style Mamak Tanpa Santan

Resepi Oleh: Siti Nor Azizah Rahim