Resipi Cinnamon Rolls Sedap Lembut dan Tak Manis

Resipi Cinnamon Rolls Sedap Lembut dan Tak Manis

Tercari-cari resepi cinnamon rolls. Saya jenis suka mencuba, suka olah-olah resepi. Study punya study, maka terbuatlah cinnamon rolls hari ni. Sedap, lembut, tak manis, anak-anak memang suka. Lebih sedap dari beli kat kedai katanya. Cubalah, insyaAllah menjadi.

Bahan-Bahan:

  • 400 gm tepung gandum protin tinggi
  • 1 sudu teh mauripan
  • 25 gm gula castor
  • 20 gm susu tepung
  • 1 biji telur
  • 200 ml air sejuk
  • 75 gm unsalted butter
  • 1 sudu teh garam

Bahan Sapuan:

  • 50 gm unsalted butter – lembutkan
  • 50 gm gula merah campur sekali 1 sudu besar serbuk kayu manis

Cara Membuat:

1. Campurkan tepung gandum, mauripan, gula castor dan susu tepung. Kacau rata. Masukkan telur, garam dan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai adunan tak melekat di mangkuk mixer (saya guna mixer).

2. Seterusnya, masukkan butter. Uli lagi sehingga elastik. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan (tumbuk-tumbukkan). Canai nipis adunan menjadi petak. Sapukan dengan butter. Taburkan brown sugar dan serbuk kulit kayu manis.

3. Gulung sambil dipadat-padatkan. Potong setebal 2 cm, letakkan di dalam bekas yang disapu dengan butter. Biarkan selama 45 minit sehingga kembang. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 150C. Hiaskan dengan coklat ganache (saya guna dark choc).

Guna Serbuk Kulit Kayu Manis Asli Macam Ni >> KLIK DI SINI

Resipi Cinnamon Rolls Sedap Lembut dan Tak Manis

Resepi Oleh: Nor Hartini Hashim