Kek

Resepi Neslo Burnt Cheesecake Citarasa Malaysia

resepi-neslo-burnt-cheesecake-citarasa-malaysia

Resepi Neslo Burnt Cheesecake Citarasa Malaysia

Siapa je tak kenal Neslo. Bila dijadikan cheesecake, memang bertambah padu rasanya. Sesiapa peminat tegar Neslo, boleh cuba, tak rugi.

Bahan-Bahan:

  • 250gm cream cheese
  • 125ml susu cair (resipi asal menggunakan whip cream)
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 sk esen vanilla
  • 3 biji telur gred B
  • 3 sb Milo
  • 1 sk Nescafe
  • 2 sb tepung gandum

Cara Membuat:

1. Kisar dengan blender semua bahan sehingga kembang dan gebu. Panaskan oven. Alas loyang dengan baking paper. Faa guna periuk kecil.

2. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 180C, api atas bawah selama satu jam. Naikkan suhu 200C, bakar api atas sahaja 5-10 minit.

3. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Kemudian, sejukkan dalam peti selama 4 jam. Siap.

Resepi Neslo Burnt Cheesecake Citarasa Malaysia

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo