Ayam, Nasi

Ayam Masak Merah Kenduri dan Nasi Hujan Panas

ayam-masak-merah-kenduri-dan-nasi-hujan-panas

Ayam Masak Merah Kenduri dan Nasi Hujan Panas

Makan ayam masak merah yang ni je dulu ehh kita punya kenduri mohon tunggu dulu.

Bahan Ayam Masak Merah Kenduri:

  • 10-12 ketul ayam – kunyit garamkan dan goreng separuh masak
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 5 ulas bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 genggam cili kering – rebus & kisar hingga halus
  • 3 batang serai diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 3 sudu makan sos cili
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang & pelaga)
  • Asam keping
  • Gula garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi dan masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak. Masukkan tomato, sos cili dan daun limau purut.

2. Tambahkan sedikit air, asam keping dan masukkan ayam. Masak hingga pecah minyak, tambahkan bawang hiris dan perasakan gula serta garam. Siap!.

Bahan Nasi Hujan Panas:

  • Beras – cuci dan toskan
  • Air (ikut sukatan beras)
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 3 sudu makan butter/marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 4 sekawan (kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
  • Daun pandan
  • 1 batang serai diketuk
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau, kuning, & merah

Cara Memasak:

Cuba Resepi Ni:  Resepi Lauk Pengantin Ayam Masak Rose

1. Panaskan periuk, cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau. Masukkan susu cair dan beras, tambahkan air dan garam.

2. Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering, baru titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk semula, biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu.

Bahan dan Cara Buat Acar Timun:

  • 2 biji timun
  • sedikit kubis dihiris
  • carrot hiris
  • cili padi dihiris
  • bawang besar 2 biji dihiris
  • sedikit pewarna kuning (optional je)
  • cuka 1 senduk kecil
  • gula
  • garam
  • sedikit air

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Perasakan dengan gula dan garam.

Ayam Masak Merah Kenduri dan Nasi Hujan Panas

Resepi Oleh: Raja Amanina