Resepi Bubur Pulut Hitam Dengan Kacang Merah
Adalah sekali saya makan Bubur Pulut Hitam di rumah adik ipar, sedap sungguh dengan cukup lemak masin dan manisnya air tangan Mertua beliau. Kelainan pada waktu itu, saya perasan yang kepala santan dimasak asing. Jadinya, terasa di tekak pula pagi ini. Nak cuba buat sendiri. Pulut Hitam saya rendam sekejap sahaja dalam 3 jam tadi. Kemudian saya masak guna rice cooker.
Bahan-Bahan Bubur:
- 1 cawan Pulut Hitam
- 5 cawan Air
- 1 cawan Kacang Merah
- 1 keping Nise Kerek
- 1/2 senduk Gula Pasir
- Santan cair secukupnya
- Daun Pandan
Bahan-bahan Kepala Santan:
- Santan Pekat secukupnya
- 2sb Tepung Beras
- 1sk Garam Halus
- Daun Pandan
Cara Memasak:
1. Beras pulut hitam, rendam selama 3 jam. Kemudian, terus rebus dengan air biasa. Dah agak empuk dan kembang boleh letak Nise atau gula melaka dan gula pasir.
2. Seterusnya, masukkan daun pandan dan santan cair. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah. Saya rebus asing dulu kacang merah ni. Siap.
3. Untuk buat kepala santan; Masak dulu santan pekat dan letak daun pandan, api kecil. Masukkan garam dan sambil tu bancuh tepung beras dengan sedikit santan dulu.
4. Campurkan kesemuanya. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Dah meletup-letup, tutup api. Siap dah kedua-duanya, bolehlah disatukan. Selamat Mencuba.
Pulut Hitam Macam Ni Baru Sesuai Untuk Buat Bubur >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Mizah Ngatiman


