Premium Royal Thai Buttercake Versi Red Velvet
Peminat royal thai buttercake mesti cuba versi red velvet ni. Nampak lebih mewah tapi mudah untuk dihasilkan. Sementara siapkan bahan-bahan, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 150c selama 10 minit.
Bahan-Bahannya:
- 200 gram tepung naik sendiri
- 1 tsp baking powder
- 15 gram serbuk koko
+ Campurkan tepung naik sendiri + baking powder + serbuk koko.
- 150 gram pure butter
- 70 gm gula icing
- 70 gram gula halus
- 12 gram ovalette
- 181 gram telur (saya guna gred B, pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)
- 80 gram yogurt
+ Loyang saiz 7 inci
Cara Membuat:
1. Mix butter, gula ising, gula halus dan ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih. Kemudian, masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap.
2. Seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder + serbuk koko berselang seli dengan yogurt. Mix sekejap sampai sebati. Kemudian, masukkan esen creamy vanilla dan pewarna merah, mix sekejap.
3. Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk buang udara yang ada dalam adunan kek. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu dan basahkan dengan air. Kalau tak ada tisu, boleh gunakan kain tuala.
4. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah dan bakar kek pada suhu 150c – 160c, selama 50-60 minit atau ikut oven masing-masing. Selamat mencuba.
Boleh Dapatkan Premium Butter Cake Kalau Nak Rasa >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Farah Mohamad


