Daging

Resepi Braised Lamb Shank Yang Sangat Menyelerakan

resepi-braised-lamb-shank-yang-sangat-menyelerakan

Resepi Braised Lamb Shank Yang Sangat Menyelerakan

Suami dan bujang kak wan bila dengar je masak kambing terus tak sabar nak makan, tak sempat nasi masak dah habis di makan dengan roti capati.

Bahan-Bahan: Untuk 2 Hidangan

  • 1-2 kg lamb shanks (betis kambing)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil sebuk lada hitam kasar
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 2 batang lobak merah, potong kasar
  • 1 biji bawang besar, potong kasar
  • 2 batang celery, potong kasar
  • 8 ulas bawang putih, potong kasar
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 1 liter stock ayam
  • 100 gm serbuk sos perang (demi glace powder)
  • 3 tangkai rosemary
  • 2 helai bay leaves
  • 2 sudu besar bancuhan tepung jagung

Cara Penyediaan:

1. Lumur lambshank dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan tepung gandum. Panaskan minyak di dalam kuali. Lecurkan (Sear) lamb shanks, ke semua bahagian hingga keperangan.

2. Keluarkan dari kuali, tinggalkan lebihan minyak untuk menumis. Dalam kuali yang sama, tumis lobak merah, bawang besar, celery dan bawang putih.

3. Setelah perang, masukkan puri tomato, masak hingga naik bau. Bancuh serbuk demiglace dengan stock ayam, tuang ke dalam kuali. Masukkan rosemary dan bay leaves, kacau sehinnga mendidih.

4. Alih ke dalam periuk tekanan bersama lamb shank dan masak selama 20 minit. Keluarkan lamb shank, letak dalam pinggan hidangan. Tapis air rebusan dan lecek halus bahan-bahan tapisan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Daging Masak Hitam Kak Zue

5. Masukkan kembali ke dalam periuk. Masak hingga mendidih, tambah garam, gula dan perasa secukupnya. Tuang larutan tepung jagung dan masak hingga kuah sedikit pekat. Tuang ke atas lamb shank.

Sesuai dengan hidangan roti, nasi berperisa atau kentang putar.

Nota:

  • Jika menggunakan periuk biasa, masak atas api perlahan selama 2 1/2 jam hingga lamb shank lembut.
  • ATAU Masak di dalam oven suhu 180C selama 2 1/2 jam.
Resepi Braised Lamb Shank Yang Sangat Menyelerakan

Resepi Oleh: Kak Wan