Nasi

Resepi Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar

resepi-nasi-bukhara-dengan-lamb-shank-ala-chef-ammar

Resepi Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar

Nasi Bukhara

Bahan-Bahan:

  • 1 kg (6 cawan minuman biasa) beras bathmathi (direndam selama 1/2 jam dan ditoskan)
  • Air lebihkan 1 cawan mengikut sukatan beras
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 6 ulas bawang putih (whole)
  • Kismis
  • 3 sudu besar yogurt
  • 3 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar yomato puree
  • 1 batang cili hijau dimayang
  • Rempah empat sekawan
  • 3 susu besar rempah bukhara
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Daun ketumbar
  • Minyak sapi
  • Minyak masak

Bahan Hiasan –

  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng

Cara Buat:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk dan tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang besar dan cili hijau sehingga naik bau. Masukkan daun ketumbar, daun sup dan daun bawang.

2. Masukkan rempah bukhara. Masukkan beras dan digoreng seketika. Masukkan air dan digaul rata. Masukkan yogurt, susu cair dan tomato puree.

3. Perisakan dengan garam dan gula. Setelah mengelegak, tutup periuk dan dibiarkan sehingga masak, jika menggunakan periuk nasi elektrik.

4. Setelah masak dihias dengan bahan hiasan. Siap untuk dihidang.

Lamb Shank Bukhara

Bahan-Bahan:

  • 2 kg lamb shank
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 7 ulas bawang putih (whole)
  • 1 batang cili hijau dimayang
  • 4 sudu besar rempah bukhara
  • 5 sudu besar yogurt
  • 5 sudu besar susu cair
  • 3 sudu besar tomato puree
  • Daun salam
  • Garam
  • Gula kabung/ gula melaka
  • Minyak sapi
  • Minyak untuk menumis
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Daun sup

Bahan Hiasan –

  • Daun ketumbar
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Bawang putih goreng

Cara Buat:

1. Panaskan periuk tekanan. Tumis bawang putih sehingga kekuningan, masukkan bawang besar, cili hijau, tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan lamb shank dan gaul seketika sehingga bahagian luar agak kering. Masukkan rempah bukhara, daun ketumbar, daun sup, daun bawang, daun salam dan digaul rata.

3. Masukkan air sehingga lamb shank tenggelam. Masukkan, yogurt, susu cair, tomato puree, garam dan gula kabung.

4. Tutup penutup periuk tekanan dan dibiarkan di atas api sehingga masak. Selepas masak taburkan bahan hiasan. Siap untuk dihidang.

Resepi Nasi Bukhara Dengan Lamb Shank ala Chef Ammar

Resepi Oleh: Muhamad Khair