Masakan Barat, snek

Resepi Kentang Putar

resepi-kentang-putar

Resepi Kentang Putar

Bahan-Bahan: ( 5 orang )

Bahan A – Untuk Kentang Putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Bahan B – Untuk Sos

4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

Cara Membuat:

1. Rebus kentang sehingga empuk masukkan sedikit garam.

2. Toskan air dan lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus. Masukkan lada hitam dan susu.

3. Kentang dah siap, buat sosnya pula.

Untuk Sos –

1. Rebus bawang merah, lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit. Tos kan air rebusan tadi.

2 .Masukkan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau jangan bergentel.

3. Masukkan air rebusan tadi bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat. Kacaukan dan siap untuk dihidangkan bersama kentang putar.